KOLEKSI BAHAN BERCETAK

1. Almanac

Almanak (Bahasa Inggeris:almanac) ialah sebuah terbitan tahunan berbentuk informasi mengenai bidang-bidang tertentu, dan selalunya disusun megikut turutan kalendar. Pelbagai statistik dan data dimasukan ke dalam sebuah almanak, seperti laporan cuaca, tarikh gerhana, perayaan dan 
sebagainya.Perkataan Almanak berasal dari perkataan Arab, al-manākh.

sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Almanak

2. Bibliografi

Maksud perkataan bibliography adalah / The meaning of bibliography is
senarai rujukan, daftar bacaan, bibliografi, daftar nama buku-buku, karya, dan tulisan seseorang penulis.

Contoh Bibliografi :
 Buku sebagai sumber acuan
urutan penyebutannya adalah
-Nama Pengarang
-Tahun terbit
-Judul buku
-Tempat terbit
-Nama penerbit

Setiabudi, A.N. 1985. Cakrawala Nusantara. Jakarta : Gramedia. Depdikbud 1989. Kisah Penulisa Sebagai Pahlawan, Jakarta : Balai Pustaka.

Sumber: http://mykamus.com/free/2010/09/bibliography/


3. Ensiklopedia

Ensiklopedia (atau ensaiklopedia) ialah sejenis karya rujukan, sebuah kompendium mengandungi ringkasan maklumat daripada semua cabang ilmu atau secara khusus.[1] Ensiklopedia terbahagi kepada beberapa artikel atau entri, iaitu selalunya tersusun mengikut abjad melalui tajuk artikel. Kemasukan ensiklopedia lebih panjang dan terperinci berbanding kamus-kamus biasa.[2] Umumnya, tidak seperti kemasukan kamus yang hanya fokus kepada maklumat linguistik perkataan, artikel-artikel ensiklopedia bertumpu kepada fakta meliputi isi atau konsep tajuk artikel tersebut.[3]

Terdapat pelbagai jenis ensiklopedia. Ada yang bersifat umum, contohnya Encyclopædia Britannica dalam bahasa Inggeris dan Brockhaus Enzyklopädie dalam bahasa Jerman, dan ada juga yang bersifat khusus untuk sesuatu bidang, sama ada dalam bidang perubatan, falsafah, undang-undang dan lain-lain.

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Ensiklopedia


4. Jurnal

Jurnal mempunyai beberapa maksud yang berkaitan:
buku catatan harian tentang pe­ristiwa atau perniagaan; jurnal persendirian dipanggil diari
akhbar atau terbitan berkala harian
majalah atau terbitan berkala yang khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu, seperti jurnal akademik.


5. Atlas

Atlas merupakan koleksi peta yang mempunyai ciri-ciri geografi, sempadan politik, sosio-ekonomi dan statistik ekonomi. Atlas pada masa dahulu merupakan koleksi yang dibukukan. Akan tetapi, atlas pada masa kini boleh didapati dalam format digital dan multimedia.
Atlas terawal yang dihasilkan oleh Gerardus Mercator pada 1595 tidak dinamakan atlas semasa diterbitkan.

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Atlas


6. Biografi

Biografi (daripada perkataan Greek bios bererti "hidup", dan graphein bererti "tulis") adala genre penulisan dan bentuk media lain seperti filem, berasaskan penulisan mengenai kehidupan seseorang. Walaupun biografi mungkin menumpu pada subjek rekaan ataupun bukan rekaan, istilah ini biasanya dikaitkan dengan bukan rekaan (non-fiction). Bertentangan dengan profil atau curriculum vitae, biografi mengembangkan sudut rumit dan menonjolkan perbezaan perwatakan termasuk pengalaman peribadi. Biografi bukan setakan senarai fakta seperti tarikh lahir, pendidikan, kerjaya, hubungan, dan kematian. Ia juga menyelami perasaan melalui kejadian tersebut dan peristiwa lain yang membawa berbagai-bagai makna (atau pelajaran) kepada seseorang dan masyarakatnya.



7. Pengkelasan Perpuluhan Dewey

Pengelasan Perpuluhan Dewey atau Dewey Decimal Classification (juga dikenali sebagai “DDC”) merupaka pengelasan bahan perpustakaan yang dibina oleh Melvil Dewey pada 1878. DDC merupakan sistem pengelasan buku dan lain-lain bahan perpustakaan yang menggunakan sepuluh kelas pengetahuan utama dan ia merupakan sistem pengelasan terawal di dunia dan paling banyak digunakan di dunia. Lebih 135 negara yang menggunakan DDC ke atas sistem pengelasan bahan perpustakaan di negara masing-masing. DDC digunakan untuk mengurus dan menyediakan akses kepada koleksi perpustakaan masing-masing.

Sistem Pengelasan DDC
 000-099 Karya am
 100-199 Falsafah & psikologi
 200-299 Agama
 300-399 Sains kemasyarakatan
 400-499 Bahasa
 500-599 Sains tulen & matamatik
 600-699 Teknologi
 700-799 Kesenian
 800-899 Kesusasteraan
 900-999 Geografi & sejarah


Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengelasan_Perpuluhan_Dewey



Tiada ulasan: