Ahad, 8 April 2012

LAWATAN KE CAMERON HIGHLAND

 



DISEDIAKAN OLEH: PN. NURUL SHARIZA BT MOHD SHAH
                                       PN. AISHAH BT ABDULLAH

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERAK DAN PAHANG
ANJURAN PUSAT SUMBER SMK. KIJAL BERSAMA PANITIA SIVIK.

TARKH           : 27 MAC - 29 MAC 2012
TEMPAT         : GUA TEMPURUNG, PERAK
                          CAMERON HIGHLAND, PAHANG

            Pihak pusat sumber SMK. Kijal telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Negeri Perak dan Pahang bersama Panitia Sivik Kemanusiaan. Seramai 37 orang pelajar yang menyertai lawatan tersebut dan diiringi oleh 2 orang guru Pusat Sumber Sekolah iaitu Pn. Aishah bt Abdullah dan Pn. Nurul Shariza bt Mohd Shah. Sebahagian pelajar adalah terdiri daripada Pengawas Pusat Sumber dan ahli Kelab Sivik Kewarganegaraan. Program Lawatan Sambil Belajar ini merupakan aktiviti pendidikan dimana para pelajar dapat mengetahui lebih mendalam akan pengetahuan alam sekitar serta dapat mengaitkan pembelajaran di sekolah.
            Program Lawatan Sambil Belajar ini bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman yang mencabar berada di dalam alam semulajadi. Selain daripada itu, program lawatan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang alam semulajadi dimana wujudnya bentuk ukiran batu yang merupakan warisan alam yang amat menakjubkan. Program lawatan ini telah berkunjung ke Gua Tempurung, Perak dengan menjelajah ke dalam gua yang mencabar untuk mengetahui pembentukan gua seperti stalakmait dan stalaktait, pembentukan batu kapur dan sejarah penemuan bijih besi. Sepanjang lawatan, pelajar diberi soalan yang perlu dijawab selepas keluar dari ekspedisi Gua Tempurung.
Seterusnya, lawatan ini diteruskan ke Cameron Highland untuk memberi pendedahan secara umum kepada pelajar akan keindahan pergunungan Banjaran Titiwangsa. Sepanjang program lawatan tersebut, pelajar diberi peluang membeli-belah barang sebagai cenderamata kenang-kenangan. Peserta lawatan telah menginap di Hotel Country Lodge, Cameron Highland untuk satu malam. Sepanjang di Cameron Highland, para pelajar telah dibawa melawat ke Kilang Teh Boh di ‘Boh Tea Centre’, Sungei Palas untuk melihat pembuatan teh dan melihat keindahan panorama ladang teh. Sebelum pulang, rombongan telah singgah dibeberapa tempat seperti ladang strawberry iaitu YZ Agro Farm, Bee Farm dan Ladang Teh Bharat.
Secara kesimpulannya, di harap sepanjang program lawatan ini dapat menambah pengetahuan dan pengalaman yang bermakna kepada pelajar-pelajar.