Isnin, 9 Februari 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN SESI 2015



MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN
PENGAWAS-PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS-PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH,
PENGAWAS-PENGAWAS KOPERASI DAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

TARIKH : 8 FEBRUARI 2015 (AHAD)
MASA: 7.45 PAGI – 9.00 PAGI
TEMPAT: DATARAN AL-FARUQI
            PERASMI: YANG BERBAHAGIA ISP Azharuddin Bin Amin Musyakir
              ( Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Balai Polis Kemaman )

LAPORAN

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan telah diadakan pada ketetapan tersebut dan telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Kemaman. Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan ini telah diadakan serentak bagi 4 Badan penting di sekolah iaitu Pengawas-pengawas sekolah, Pengawas-pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas-pengawas Koperasi dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan juga Ketua-ketua Tingkatan.



Majlis Penyampaian Watikah pelantikan diadakan bertujuan ;

a)      Melantik dan memperkenalkan Pengawas sekolah, Pengawas PSS, Pengawas Koperasi, Pembimbing Rakan Sebaya dan Ketua Tingkatan secara rasmi.

b)      Memberi pengikhtirafan kepada Pengawas supaya dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab dan sentiasa menunjukkan penampilan yang cemerlang dalam semua bidang.

c)      Mendidik pelajar dengan sikap jujur, amanah dan bertanggungjawab sepanjang menjalankan tugas.



Majlis ini diadakan bertempat di Dataran Al-Faruqi SMK Kijal , bersama Pn. Mariam binti Nawawi, Pengetua SMK Kijal, En Azhar Bin Daud , Guru penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Sabariah bt. Ibrahim, Guru Penolong Kanan Koku , guru-guru SMK Kijal serta pelajar-pelajar SMK Kijal.



Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengacara Majlis, En Mohd Jaafar bin Shaari. Diikuti dengan bacaan doa, Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Selamat Sultan.



Tuan pengetua, Pn. Mariam bt. Nawawi memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan, diikuti dengan Yang Berbahagia ISP Azharuddin bin Amin Musyakir. majlis dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar.



Selepas ucapan perasmi, majlis diteruskan dengan Penyampaian Watikah Pelantikan dan Bacaan Ikrar Pengawas yang diketuai oleh Saudara Mohd Kasyfi B. Mohd Diah selaku Ketua Pengawas Sekolah tahun 2015 diikuti bersama Ketua Pengawas PSS, Ketua Pengawas Koperasi,Ketua Pembimbing Rakan Sebaya dan Ketua Tingkatan 5 Abdul Qayyum. Teks Ikrar Badan-badan pengawas telah diberikan oleh Saudara Mohd Kasyfi B. Mohd Diah kepada Tuan Pengetua sebagai satu simbolik “Akur Janji” telah termeterai.



Sebagai tanda terima kasih majlis sangat berbesar hati menjemput Tuan Pengetua untuk menyampaikan hadiah cenderamata kepada Tetamu Khas seterusnya menjemput Tetamu Khas ke kantin untuk sedikit jamuan ringan.



Di kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan  untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengawas serta guru-guru yang telah bertungkus lumus memastikan perjalanan majlis ini berjalan lancar. Semoga kerja baik kita sentiasa Diberkati hendaknya.













Disediakan oleh :







.................................................

Pn Aishah Binti Hj Abdullah

AJK Dokumentasi

Unit Pusat Sumber Sekolah

Dikemaskini oleh:Muhammad Izzat Fitri











1 ulasan:

pn. nurul berkata...

ADMIN, MANA GAMBAR MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PSS 2013??