Ahad, 28 April 2013


LAPORAN MAJLIS PERASMIAN MINGGU BERSAMA
PUSAT SUMBER SEKOLAH 2013
SMK. KIJAL, KEMAMAN

TARIKH         : 14 APRIL 2013 (AHAD)
MASA            : 7.40 PAGI
TEMPAT        : DATARAN AL-FARUQI

            Program Minggu Bersama Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah berjalan dengan baik hasil kerjasama semua warga SMK. Kijal terutamanya para pelajar.  Majlis perasmian program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, En. Md. Nazeri bin Hassan bersama-sama guru-guru penolong kanan. Perasmian program ini dilancarkan bersama pelancaran program NILAM dan sudut D.E.A.R Café.
            Program Minggu Bersama PSS adalah suatu platform untuk mendekatkan lagi hubungan antara Pusat Sumber Sekolah dengan warga SMK. Kijal. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan untuk mendekatkan pelajar ke perpustakaan. Ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar akan kepentingan pusat sumber sekolah kepada mereka.
            Antara objektif program Minggu Bersama PSS ini adalah:
  • Mendekatkan hubungan diantara warga SMK. Kijal terutamanya para pelajar dengan perpustakaan.
  • Memberikan panduan kepada warga SMK. Kijal dalam mendapatkan bantuan atau panduan untuk mendapatkan bahan bacaan dan kerja rujukan.
  • Memberikan pendedahan yang lebih baik kepada semua warga SMK. Kijal akan penggunaan PSS.
  • Membantu para pelajar dalam kemusykilan atau permasalahan dalam penggunaan perpustakaan terutamanya berkaitan dengan peminjaman dan pemulangan buku.
  • Pelancaran sudut SALC iaitu D.E.A.R café atau D.R.1.P Programme.
  • Pelancaran Program NILAM.
Sepanjang program ini berjalan, pihak PKiBP telah memberikan kerjasama yang sangat baik dengan menyediakan pameran kraftangan yang dihasilkan oleh pelajar PKiBP itu sendiri di perpustakaan. Pameran PKiBP ini bukan hanya setakat menunjukkan produk-produk kraftangan tetapi turut menjual dan membuat demonstrasi kraftangan.
Pusat sumber juga turut menyediakan meja pameran yang menyediakan pelbagai aktiviti seperti kuiz, pertandingan puzzle, diskaun kad pinjaman, pemberian diskaun denda peminjaman, panduan bahan bacaan dan lain-lain.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi dimasa hadapan dengan penambahbaikkan  dan kerjasama antara semua guru. Semoga dengan kelancaran program ini telah memberikan input yang baik dan manfaat yang berguna kepada semua pelajar SMK. Kijal. 

 Bicara Buku oleh Pn. Zurina bt Zakaria.

Ucapan Perasmian oleh Pengetua En. Md. Nazeri bin Hassan.

 
Perasmian Sudut DEAR Cafe @ DR1P Programme


Meja pameran PSS.


Meja pameran pelajar PKiBP.

Pertandingan Puzzle.





Tiada ulasan: