Selasa, 7 April 2015

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM/KEMPEN GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2014

DISEDIAKAN OLEH: PN. NURUL SHARIZA BT MOHD SHAH

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM/ KEMPEN GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2014

TARIKH         : 2 MAC 2014 (AHAD)
MASA                        : 7.40 PAGI

            Bertempat di Dataran Al-Faruqi telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Program Nilam dan Kempen Galakan Membaca yang telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK. Kijal, Pn. Mariam binti Nawawi. Majlis telah dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan bacaan doa oleh pengawas sekolah. Program Nilam adalah singkatan daripada Nadi Amalan Membaca. Dimana, projek ini adalah di bawah kelolaan Pusat Sumber Negeri Terengganu.

            Pn. selaku Penyelaras Nilam telah menyampaikan sedikit ucapan tentang kelebihan budaya membaca kepada pelajar. Tuan Pengetua SMK. Kijal telah merasmikan program nilam dengan menandatangani plak yang disediakan. Pn. Norsida bt Sidek telah menyampaikan Bicara Buku sebagai suatu simbol membudayakan minat membaca di sekolah. Kempen galakan membaca akan dijalankan dengan mempelbagaikan aktiviti galakan yang kreatif, inovatif dan berkesan.

            Seterusnya penyampaian Butang Nilam kepada pelajar yang telah berjaya mencapai tahap tertentu Program Nilam dalam Jauhari. Senarai nama pelajar tersebut adalah:
1.      Aisya Calyna bt Shuhaimy (3AQ) - Pingat Gangsa (84 buah)
2.      Muhammad Rozan bin Zulkifli (5AH) - Pingat Gangsa (85 buah)
3.      Muhammad Farhan bin Zamri (3AQ) - Pingat Gangsa (104 buah)
4.      Nurul Aida Nadhirah bt Ahmad Bustaman (4AMH) - Pingat Nilam (330 buah)

Diharapkan program ini dapat memupuk budaya membaca di kalangan pelajar dan menerapkan naluri membaca di dalam diri pelajar supaya dapat menghasilkan masyarakat yang maju.

Tiada ulasan: