Jumaat, 14 Februari 2014

LAPORAN AKTIVITI BENGKEL PENULIS MUDA PROGRAM NILAM TAHUN 2014



LAPORAN AKTIVITI BENGKEL PENULIS MUDA PROGRAM NILAM TAHUN 2014



   Pada 5 Februari 2014 yang lalu telah diadakan satu bengkel penulisan kreaktif di SMK Kijal.Bengkel ini dinamakan "Bengkel Penulis Muda" ini adalah anjuran unit Program NILAM sekolah bertujuan untuk mengasah bakat seni penulisan kreatif di kalangan pelajar
   
   Bertempat di Bilik Tayangan,seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada pemegang-pemegang pingat NILAM,pengawas perpustakaan sekolah serta beberapa orang pelajar yang berminat dengan seni penulisan telah berkumpul dan mendengar perkongsian ilmu daripada seorang penulisan muda yang berbakat besar.Beliau ialah saudara Ahmad Muziru Idham b.Adnan,pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2010/2011 bagi sajaknya yang bertajuk"Suluk Rohaniah II".Beliau merupakan seorang penulisan muda yang sedang mencipta nama di peringkat nasional.

   Aktiviti yang berlangsung selama dua jam itu sarat dengan perkongsian ilmu dan pengalaman.Para peserta mendengar penuh minat serta bertanya banyak soalan kepada penceramah.Bengkel tersebut yang bermula pada pukul 2.30 petang berakhir pada pukul 4.30 petang.Hasil maklum balas daripada peserta menunjukkan kesediaan untuk turut menghadiri sebarang bengkel susulan sekiranya diadakan pada masa akan datang

















Ahad, 28 April 2013


LAPORAN MAJLIS PERASMIAN MINGGU BERSAMA
PUSAT SUMBER SEKOLAH 2013
SMK. KIJAL, KEMAMAN

TARIKH         : 14 APRIL 2013 (AHAD)
MASA            : 7.40 PAGI
TEMPAT        : DATARAN AL-FARUQI

            Program Minggu Bersama Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah berjalan dengan baik hasil kerjasama semua warga SMK. Kijal terutamanya para pelajar.  Majlis perasmian program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, En. Md. Nazeri bin Hassan bersama-sama guru-guru penolong kanan. Perasmian program ini dilancarkan bersama pelancaran program NILAM dan sudut D.E.A.R Café.
            Program Minggu Bersama PSS adalah suatu platform untuk mendekatkan lagi hubungan antara Pusat Sumber Sekolah dengan warga SMK. Kijal. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan untuk mendekatkan pelajar ke perpustakaan. Ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar akan kepentingan pusat sumber sekolah kepada mereka.
            Antara objektif program Minggu Bersama PSS ini adalah:
  • Mendekatkan hubungan diantara warga SMK. Kijal terutamanya para pelajar dengan perpustakaan.
  • Memberikan panduan kepada warga SMK. Kijal dalam mendapatkan bantuan atau panduan untuk mendapatkan bahan bacaan dan kerja rujukan.
  • Memberikan pendedahan yang lebih baik kepada semua warga SMK. Kijal akan penggunaan PSS.
  • Membantu para pelajar dalam kemusykilan atau permasalahan dalam penggunaan perpustakaan terutamanya berkaitan dengan peminjaman dan pemulangan buku.
  • Pelancaran sudut SALC iaitu D.E.A.R café atau D.R.1.P Programme.
  • Pelancaran Program NILAM.
Sepanjang program ini berjalan, pihak PKiBP telah memberikan kerjasama yang sangat baik dengan menyediakan pameran kraftangan yang dihasilkan oleh pelajar PKiBP itu sendiri di perpustakaan. Pameran PKiBP ini bukan hanya setakat menunjukkan produk-produk kraftangan tetapi turut menjual dan membuat demonstrasi kraftangan.
Pusat sumber juga turut menyediakan meja pameran yang menyediakan pelbagai aktiviti seperti kuiz, pertandingan puzzle, diskaun kad pinjaman, pemberian diskaun denda peminjaman, panduan bahan bacaan dan lain-lain.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi dimasa hadapan dengan penambahbaikkan  dan kerjasama antara semua guru. Semoga dengan kelancaran program ini telah memberikan input yang baik dan manfaat yang berguna kepada semua pelajar SMK. Kijal. 

 Bicara Buku oleh Pn. Zurina bt Zakaria.

Ucapan Perasmian oleh Pengetua En. Md. Nazeri bin Hassan.

 
Perasmian Sudut DEAR Cafe @ DR1P Programme


Meja pameran PSS.


Meja pameran pelajar PKiBP.

Pertandingan Puzzle.





Isnin, 29 Oktober 2012

AKTIVITI READ 2012 DI SMK KIJAL





SCHOLASTIC READ 2012:ONE NATION READING TOGETHER

KERJASAMA OLEH:
  1. KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia)
  2. Program Nilam
Program ini telah berlangsung pada 22 oktober sehingga 24 oktober 2012 peringkat SMK KIJAL program.'READ2012:One Nation Reading Together'meraikan hari yang penting membaca untuk masa depan yang cerah.Tanpa menghiraukan tahap pembacaan kamu,kamu akan memperoleh pengetahuan daripada semua helaian yang kamu baca.Membaca juga boleh mengembangkan imaginasi kamu dan membawa kamu ketahap yang bagus.READING IS FUN!.Jadikan sebahagian keseronokan dan sertai didalam kempen dengan membaca buku kegemaran kamu dalam masa 2,012 saat(33.5 minit).


Ahad, 8 April 2012

LAWATAN KE CAMERON HIGHLAND

 



DISEDIAKAN OLEH: PN. NURUL SHARIZA BT MOHD SHAH
                                       PN. AISHAH BT ABDULLAH

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERAK DAN PAHANG
ANJURAN PUSAT SUMBER SMK. KIJAL BERSAMA PANITIA SIVIK.

TARKH           : 27 MAC - 29 MAC 2012
TEMPAT         : GUA TEMPURUNG, PERAK
                          CAMERON HIGHLAND, PAHANG

            Pihak pusat sumber SMK. Kijal telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Negeri Perak dan Pahang bersama Panitia Sivik Kemanusiaan. Seramai 37 orang pelajar yang menyertai lawatan tersebut dan diiringi oleh 2 orang guru Pusat Sumber Sekolah iaitu Pn. Aishah bt Abdullah dan Pn. Nurul Shariza bt Mohd Shah. Sebahagian pelajar adalah terdiri daripada Pengawas Pusat Sumber dan ahli Kelab Sivik Kewarganegaraan. Program Lawatan Sambil Belajar ini merupakan aktiviti pendidikan dimana para pelajar dapat mengetahui lebih mendalam akan pengetahuan alam sekitar serta dapat mengaitkan pembelajaran di sekolah.
            Program Lawatan Sambil Belajar ini bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman yang mencabar berada di dalam alam semulajadi. Selain daripada itu, program lawatan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang alam semulajadi dimana wujudnya bentuk ukiran batu yang merupakan warisan alam yang amat menakjubkan. Program lawatan ini telah berkunjung ke Gua Tempurung, Perak dengan menjelajah ke dalam gua yang mencabar untuk mengetahui pembentukan gua seperti stalakmait dan stalaktait, pembentukan batu kapur dan sejarah penemuan bijih besi. Sepanjang lawatan, pelajar diberi soalan yang perlu dijawab selepas keluar dari ekspedisi Gua Tempurung.
Seterusnya, lawatan ini diteruskan ke Cameron Highland untuk memberi pendedahan secara umum kepada pelajar akan keindahan pergunungan Banjaran Titiwangsa. Sepanjang program lawatan tersebut, pelajar diberi peluang membeli-belah barang sebagai cenderamata kenang-kenangan. Peserta lawatan telah menginap di Hotel Country Lodge, Cameron Highland untuk satu malam. Sepanjang di Cameron Highland, para pelajar telah dibawa melawat ke Kilang Teh Boh di ‘Boh Tea Centre’, Sungei Palas untuk melihat pembuatan teh dan melihat keindahan panorama ladang teh. Sebelum pulang, rombongan telah singgah dibeberapa tempat seperti ladang strawberry iaitu YZ Agro Farm, Bee Farm dan Ladang Teh Bharat.
Secara kesimpulannya, di harap sepanjang program lawatan ini dapat menambah pengetahuan dan pengalaman yang bermakna kepada pelajar-pelajar.

Isnin, 12 Mac 2012

LAPORAN BENGKEL PENGURUSAN PSS SEKOLAH


LAPORAN BENGKEL PENGURUSAN SUMBER PENGAWAS PUSAT SUMBER SMK KIJAL 2012

TARIKH         : 12 JANUARI 2012
HARI               : KHAMIS
MASA             : 8.00 PAGI – 3.00 PETANG
TEMPAT        : PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pada 12 Januari 2012, bertempat di Pusat Sumber Sekolah SMK Kijal telah diadakan Bengkel Pengurusan Sumber untuk pengawas – pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Kijal 2012.
            Seramai 21 orang pengawas Pusat Sumber Sekolah telah mengikuti bengkel yang bertujuan untuk memberi pendedahan maklumat dalam pengurusan Sistem Sirkulasi dan memberi pendedahan yang lebih terperinci dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan menerangkan dan memahami tugas-tugas yang diamanahkan serta memupuk sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dengan penuh beretika dan berdedikasi.
            Bengkel yang diadakan dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang ini dibahagikan kepada empat slot. Slot pertama ialah taklimat oleh Puan Aishah bt Abdullah. Slot kedua ialah slot Pengurusan Sistem Sirkulasi oleh Puan Aishah bt Abdullah. Seterusnya, slot ketiga ialah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah oleh Puan Nurul Shahriza bt Mohd Shah. Slot terakhir dalam bengkel ini ialah Perkhidmatan Perpustakaan yang disampaikan oeh Puan Aishah bt Abdullah dan Puan Nurul Shariza bt Mohd Shah.
Diharap dengan adanya bengkel pengurusan sumber yang dilaksanakan ini, pengawas-pengawas pusat sumber dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan jayanya.

DISEDIAKAN OLEH :

PUAN NOR FARIZA ELYANI BINTI THAHIR
PUAN LIZA FARHANA BT NGAH
PENGISIAN SLOT.

SLOT 1: TAKLIMAT
            Oleh: Pn. Aishah bt Abdullah
  1. Peranan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
  2. Tanggungjawab Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

SLOT 2: PENGURUSAN SISTEM SIRKULASI
            Oleh: Pn. Aishah bt Abdullah
  1. Tugas peminjaman dan pemulangan menggunakan sistem Slib.
  2. Penggunaan kad barkod.

SLOT 3: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
            Oleh: Pn. Nurul Shariza bt Mohd Shah
            Slot ini melibatkan penerangan tentang:
  1. Tugas-tugas yang telah diamanahkan kepada setiap Pengawas Pusat Sumber dan ahli jawatankuasa yang telah dilantik.
  2. Perkhidmatan-perkhidmatan yang telah disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah.
  3. Peraturan pinjaman dan pemulangan buku atau bahan.
  4. Kaedah pemprosesan buku-buku baru beserta simulasi.

SLOT 4: PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
            Oleh: Pn. Aishah bt Abdullah
                      Pn. Nurul Shariza bt Mohd Shah
            Slot ini melibatkan tentang:
  1. Simulasi beserta penerangan tentang perkhidmatanyang disediakan oleh Pusat Sumber iaitu limanating, photostet, internet, printing dan binding.

Sabtu, 3 Mac 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM&KEMPEN GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM &
KEMPEN GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH         : 20 FEBRUARI 2012 (ISNIN)
MASA                        : 7.40 PAGI
TEMPAT        : DATARAN AL FARUQI


            Pada 20 Februari 2012 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Program NILAM dan Kempen Galakan Membaca bagi peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal, Kemaman. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Wan Roslan bin Wan Zaki, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kemasik. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana telah mendapat pengiktirafan 5 bintang bagi penggunaan Pusat Sumber Sekolah dan beliau juga mengharapkan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah dapat digunakan secara optimum bagi memupuk kemahiran membaca.

            Tujuan majlis ini dilancarkan adalah untuk memupuk budaya membaca di kalangan para pelajar. Ini kerana dengan menjana budaya membaca di kalangan pelajar dapat memupuk masyarakat yang berpersonaliti dari segi rohani dan jasmani serta maju dan matang dari segi mental. Selain daripada itu, ia dapat menerap naluri gemar membaca bagi menghasilkan masyarakat yang maju. Kempen membaca yang dilancarkan adalah bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti galakan membaca yang kreatif, inovatif dan berkesan.

            Pada awal permulaan majlis, Penyelaras NILAM iaitu Pn. Suhana bt Ahmad telah memberikan sedikit ucapan yang mewakili Guru Perpustakaan Media. Selepas itu, ucapan kata alu-aluan oleh Guru Penolong Kanan 1, En. Ahmad Zamri bin Abdul Wahab. Penyampaian Butang NILAM kepada 18 orang pelajar yang mendapat anugerah NILAM bagi tahun 2011 sebagai tanda penghargaan dan contoh tauladan kepada pelajar yang lain. Bicara Buku oleh Pn. Norzalina bt Osman tentang buku Karya Agung yang bertajuk Hikayat Malim Deman.

SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH NILAM:
BIL
NAMA
TING.
PINGAT
BIL BUKU
1
SITI HAFIZAH BT MOHD ZAKI
3 AMH
NILAM
451
2
UMIE UMAIRAH BT ZULKAFLI
3 AH
EMAS
413
3
AFIZA ZULAIEFA
3 AQ
PERAK
201
4
CHE WAN SITI KHADIJAH BT CW RUSLI
3 AMH
GANGSA
140
5
AHMAD DUSUKI B. MOHD NAIM
3 AQ
GANGSA
127
6
NOR FATIHAH BT AWANG
5 AQ
GANGSA
125
7
CHE WAN NUR FARHANA BT CW AZIZ
3 AMH
GANGSA
121
8
WAN AMIRUL HANIF B. WAN MAT AMIN
3 AQ
GANGSA
105
9
NURUL QAMARIA BT MOHD RIZALHANAFI
3 AQ
GANGSA
101
10
WAN NUR SYAHIRAH BT WAN MANSOR
5 AQ
GANGSA
88
11
MUHD NAZIRUL MUBIN BT RUSLI
4 AQ
GANGSA
82
12
NUR ARIFAHANIM BT AZAHA
3 AQ
GANGSA
79
13
NOR LIYANA SYAHIRAH BT ADNAN
3 AQ
GANGSA
77
14
MOHD SAIFUDDIN B. MOHD ZAKI
4 AA
GANGSA
75