Selasa, 7 April 2015

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM & KEMPEN GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH

OLEH: PN. NURUL SHARIZA BT MOHD SHAH


MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM &
KEMPEN GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH


TARIKH              : 1 MAC 2015 (AHAD)
MASA                  : 7.40 PAGI
TEMPAT             : DATARAN AL-FARUQI

PENDAHULUAN:

            Majlis pelancaran program Nilam telah dirasmikan oleh En. Azhar bin Daud, GPK Pentadbiran yang mewakili Pengetua, Pn. Mariam bt Nawawi. Pelancaran program Nilam telah berjaya dilaksanakan pada 1 Mac 2015 setelah ditunda kerana kekangan masa dan pertindihan pelbagai aktiviti sekolah. Program Nilam adalah singkatan daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Dimana projek ini adalah dibawah kelolaan Pusat Sumber Negeri Terengganu.

            Program ini dilaksanakan untuk menjana budaya membaca dalam kalangan pelajar bagi memupuk masyarakat yang berpersonaliti dari segi rohani dan jasmani serta maju dan matang dari segi mental.

OBJEKTIF:
1.      Memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
2.      Mempelbagaikan aktiviti galakan membaca yang kreatif, inovatif dan berkesan.
3.      Menerap naluri gemar membaca bagi menghasilkan masyarakat yang maju.

SASARAN:
Semua pelajar dan guru SMK. Kijal.
AHLI JAWATANKUASA:

Penasihat                     : Pn. Mariam bt Nawawi (Pengetua)
Pengerusi 1                  : En. Azhar bin Daud (GPK Pentadbiran)
Naib pengerusi            : Pn. Noraini bt Hassan (GPK HEM)
                                      Pn. Sabariah bt Abd Majid (GPK KO)

Guru Perpustakaan Media: Pn. Aishah bt Abdullah
Penyelaras Nilam        : Pn. Shahazana bt Mamat

Bacaan doa                 : Us. Maidin bin A. Rahman
Pengacara majlis          : Pn. Aishah bt Abdullah
Penyediaan bahan       : Pn. Badariah bt Salim
                                      Pn. Melah bt Husin

Pemberian fail dan buku Nilam guru: Pn. Rohana bt Ismail
                                                            Pn. Saffezan bt Mohd Saffini

Pamplet                       : Pn. Adibah bt Abdul Latip
Siaraya                                    : En. Sanusi bin Deraman
Dokumentasi               : Pn. Nurul Shariza bt Mohd Shah
Fotografi                     : En. Shahizan Rizal bin Mohd Zaid
                                      Pn. Norliah bt Zakaria

Gimik                          : Pn. Kusumawati bt Mohd Nor
                                      Pn. Norsida bt Sidek

Kump. Koir                 : Pn. Norzah bt Mohamad
Bicara Buku                : Pn. Rozeta bt Bakar
Banner                         : En. Zamri bin Mustafa



ATUR CARA MAJLIS:

            7.20 pagi                     Pelajar berkumpul di Dataran Al-Faruqi bersama bahan bacaan.
            7.40 pagi                     Lagu Negaraku
                                                Lagu Selamat Sultan Terengganu
                                                Bacaan Doa
            8.00 pagi                     Ucapan oleh Penyelaras Nilam, Pn. Shahazana bt
                                                Ucapan perasmian oleh GPK Pentadbiran, En. Azhar bin Daud.
            8.40 pagi                     Perasmian gimik oleh GPK Pentadbiran.
            8.50 pagi                     Penyampaian fail Nilam dan Buku Nilam Guru
            9.00 pagi                     Nyanyian koir lagu Nilam      
                                                Bicara Buku Pelajar (BM & BI)
                                                Bicara Buku 10 minit 
            9.30 pagi                     Bersurai

KEKUATAN PROGRAM:

1.      Pelajar dan guru memberi kerjasama yang baik dengan membawa bahan bacaan utnuk sesi Bicara Buku 10 minit.
2.      Pelajar dan guru memberikan kerjasama penuh dalam melancarkan majlis pelancaran Nilam.
3.      Pemberian naskah surat khabar Kosmo secara percuma kepada guru dan sebahagian pelajar menjadikan program lebih bermakna.

Pn. Aishah bt Abdullah selaku Guru Perpustakaan Media.







 








En. Azhar bin Daud selaku GPK Pentadbiran menyampaikan ucapan perasmian.

















Pn. Shahazana bt Mamat selaku Penyelaras Nilam menyampaikan ucapan.
 
 













En. Azhar bin Daud menyampaikan fail Nilam dan Buku Nilam Guru.
 
  


   
   

Upacara gimik perasmian oleh GPK Pentadbiran.
 
 




   

Kehadiran Pengawas Pusat Sumber yang membantu kelancaran majlis.
 
 

    

Antara aktiviti Nilam iaitu Bicara Buku Pelajar (BM & BI) serta nyanyian kumpulan koir bagi lagu Nilam.
 
 














Isnin, 9 Februari 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN SESI 2015



MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN
PENGAWAS-PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS-PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH,
PENGAWAS-PENGAWAS KOPERASI DAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

TARIKH : 8 FEBRUARI 2015 (AHAD)
MASA: 7.45 PAGI – 9.00 PAGI
TEMPAT: DATARAN AL-FARUQI
            PERASMI: YANG BERBAHAGIA ISP Azharuddin Bin Amin Musyakir
              ( Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Balai Polis Kemaman )

LAPORAN

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan telah diadakan pada ketetapan tersebut dan telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Kemaman. Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan ini telah diadakan serentak bagi 4 Badan penting di sekolah iaitu Pengawas-pengawas sekolah, Pengawas-pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas-pengawas Koperasi dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan juga Ketua-ketua Tingkatan.



Majlis Penyampaian Watikah pelantikan diadakan bertujuan ;

a)      Melantik dan memperkenalkan Pengawas sekolah, Pengawas PSS, Pengawas Koperasi, Pembimbing Rakan Sebaya dan Ketua Tingkatan secara rasmi.

b)      Memberi pengikhtirafan kepada Pengawas supaya dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab dan sentiasa menunjukkan penampilan yang cemerlang dalam semua bidang.

c)      Mendidik pelajar dengan sikap jujur, amanah dan bertanggungjawab sepanjang menjalankan tugas.



Majlis ini diadakan bertempat di Dataran Al-Faruqi SMK Kijal , bersama Pn. Mariam binti Nawawi, Pengetua SMK Kijal, En Azhar Bin Daud , Guru penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Sabariah bt. Ibrahim, Guru Penolong Kanan Koku , guru-guru SMK Kijal serta pelajar-pelajar SMK Kijal.



Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengacara Majlis, En Mohd Jaafar bin Shaari. Diikuti dengan bacaan doa, Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Selamat Sultan.



Tuan pengetua, Pn. Mariam bt. Nawawi memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan, diikuti dengan Yang Berbahagia ISP Azharuddin bin Amin Musyakir. majlis dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar.



Selepas ucapan perasmi, majlis diteruskan dengan Penyampaian Watikah Pelantikan dan Bacaan Ikrar Pengawas yang diketuai oleh Saudara Mohd Kasyfi B. Mohd Diah selaku Ketua Pengawas Sekolah tahun 2015 diikuti bersama Ketua Pengawas PSS, Ketua Pengawas Koperasi,Ketua Pembimbing Rakan Sebaya dan Ketua Tingkatan 5 Abdul Qayyum. Teks Ikrar Badan-badan pengawas telah diberikan oleh Saudara Mohd Kasyfi B. Mohd Diah kepada Tuan Pengetua sebagai satu simbolik “Akur Janji” telah termeterai.



Sebagai tanda terima kasih majlis sangat berbesar hati menjemput Tuan Pengetua untuk menyampaikan hadiah cenderamata kepada Tetamu Khas seterusnya menjemput Tetamu Khas ke kantin untuk sedikit jamuan ringan.



Di kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan  untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengawas serta guru-guru yang telah bertungkus lumus memastikan perjalanan majlis ini berjalan lancar. Semoga kerja baik kita sentiasa Diberkati hendaknya.













Disediakan oleh :







.................................................

Pn Aishah Binti Hj Abdullah

AJK Dokumentasi

Unit Pusat Sumber Sekolah

Dikemaskini oleh:Muhammad Izzat Fitri











Sabtu, 20 September 2014

BENGKEL PENGURUSAN SUMBER PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KIJAL TAHUN 2014

OLEH: PN. NURUL SHARIZA BT MOHD SHAH

BENGKEL PENGURUSAN SUMBER
PENGAWAS PUSAT SUMBER
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KIJAL
TAHUN 2014

TARIKH         : FASA 1 - 9 JAN 2014
                          FASA 2 - 16 JAN 2014
HARI              : KHAMIS
MASA                        : 2.30 – 4.00 PETANG

            Bertempat di Perpustakaan telah berjalannya Bengkel Pengurusan bagi Pengawas Pusat Sumber. Seramai 13 orang pengawas dan 2 orang guru perpustakaan termasuk seorang Pembantu Perpustakaan yang terlibat dengan bengkel. Bengkel telah bermula pada jam 2.30 petang sehingga 4.00 petang pada hari Khamis.

            Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan maklumat dalam pengurusan Sistem Sirkulasi atau SLib. Ini memberikan pendedahan dalam melakukan tugasan peminjaman dan pemulangan bahan bacaan melalui sistem pengautomasian bahan. Selain itu, bengkel dapat memberikan pendedahan yang lebih terperinci dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Penerangan berkaitan tugas-tugas hakiki pengawas termasuk tugasan mengikut biro dan jawatankuasa dapat dipahami dengan lebih terperinci. Selain itu juga, ia dapat memupuk sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dengan penuh beretika dan berdedikasi.

            Antara perkara yang disentuh di dalam bengkel ini adalah berkaitan Pengurusan Sistem Sirkulasi, Pengurusan Pusat Sumber Sekolah,  Perkhidmatan Perpustakaan dan Pengurusan Bahan Bacaan. Sepanjang bengkel berlangsung, pelajar telah diberikan taklimat beserta nota dan sesi amali. Sambutan dan tindak balas dari pengawas sangat menggalakkan.

            Diharapkan melalui bengkel ini dapat melahirkan pengawas pusat sumber yang berketrampilan dan berkepimpinan dalam menjalankan tugas.




GAMBAR BENGKEL PENGURUSAN SUMBER
PENGAWAS PUSAT SUMBER
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KIJAL


TAHUN 2014


















                                     
GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI YANG DIJALANKAN PADA BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PADA TAHUN2014











Jumaat, 14 Februari 2014

LAPORAN AKTIVITI BENGKEL PENULIS MUDA PROGRAM NILAM TAHUN 2014



LAPORAN AKTIVITI BENGKEL PENULIS MUDA PROGRAM NILAM TAHUN 2014



   Pada 5 Februari 2014 yang lalu telah diadakan satu bengkel penulisan kreaktif di SMK Kijal.Bengkel ini dinamakan "Bengkel Penulis Muda" ini adalah anjuran unit Program NILAM sekolah bertujuan untuk mengasah bakat seni penulisan kreatif di kalangan pelajar
   
   Bertempat di Bilik Tayangan,seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada pemegang-pemegang pingat NILAM,pengawas perpustakaan sekolah serta beberapa orang pelajar yang berminat dengan seni penulisan telah berkumpul dan mendengar perkongsian ilmu daripada seorang penulisan muda yang berbakat besar.Beliau ialah saudara Ahmad Muziru Idham b.Adnan,pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2010/2011 bagi sajaknya yang bertajuk"Suluk Rohaniah II".Beliau merupakan seorang penulisan muda yang sedang mencipta nama di peringkat nasional.

   Aktiviti yang berlangsung selama dua jam itu sarat dengan perkongsian ilmu dan pengalaman.Para peserta mendengar penuh minat serta bertanya banyak soalan kepada penceramah.Bengkel tersebut yang bermula pada pukul 2.30 petang berakhir pada pukul 4.30 petang.Hasil maklum balas daripada peserta menunjukkan kesediaan untuk turut menghadiri sebarang bengkel susulan sekiranya diadakan pada masa akan datang

















Ahad, 28 April 2013


LAPORAN MAJLIS PERASMIAN MINGGU BERSAMA
PUSAT SUMBER SEKOLAH 2013
SMK. KIJAL, KEMAMAN

TARIKH         : 14 APRIL 2013 (AHAD)
MASA            : 7.40 PAGI
TEMPAT        : DATARAN AL-FARUQI

            Program Minggu Bersama Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah berjalan dengan baik hasil kerjasama semua warga SMK. Kijal terutamanya para pelajar.  Majlis perasmian program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, En. Md. Nazeri bin Hassan bersama-sama guru-guru penolong kanan. Perasmian program ini dilancarkan bersama pelancaran program NILAM dan sudut D.E.A.R Café.
            Program Minggu Bersama PSS adalah suatu platform untuk mendekatkan lagi hubungan antara Pusat Sumber Sekolah dengan warga SMK. Kijal. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan untuk mendekatkan pelajar ke perpustakaan. Ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar akan kepentingan pusat sumber sekolah kepada mereka.
            Antara objektif program Minggu Bersama PSS ini adalah:
  • Mendekatkan hubungan diantara warga SMK. Kijal terutamanya para pelajar dengan perpustakaan.
  • Memberikan panduan kepada warga SMK. Kijal dalam mendapatkan bantuan atau panduan untuk mendapatkan bahan bacaan dan kerja rujukan.
  • Memberikan pendedahan yang lebih baik kepada semua warga SMK. Kijal akan penggunaan PSS.
  • Membantu para pelajar dalam kemusykilan atau permasalahan dalam penggunaan perpustakaan terutamanya berkaitan dengan peminjaman dan pemulangan buku.
  • Pelancaran sudut SALC iaitu D.E.A.R café atau D.R.1.P Programme.
  • Pelancaran Program NILAM.
Sepanjang program ini berjalan, pihak PKiBP telah memberikan kerjasama yang sangat baik dengan menyediakan pameran kraftangan yang dihasilkan oleh pelajar PKiBP itu sendiri di perpustakaan. Pameran PKiBP ini bukan hanya setakat menunjukkan produk-produk kraftangan tetapi turut menjual dan membuat demonstrasi kraftangan.
Pusat sumber juga turut menyediakan meja pameran yang menyediakan pelbagai aktiviti seperti kuiz, pertandingan puzzle, diskaun kad pinjaman, pemberian diskaun denda peminjaman, panduan bahan bacaan dan lain-lain.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi dimasa hadapan dengan penambahbaikkan  dan kerjasama antara semua guru. Semoga dengan kelancaran program ini telah memberikan input yang baik dan manfaat yang berguna kepada semua pelajar SMK. Kijal. 

 Bicara Buku oleh Pn. Zurina bt Zakaria.

Ucapan Perasmian oleh Pengetua En. Md. Nazeri bin Hassan.

 
Perasmian Sudut DEAR Cafe @ DR1P Programme


Meja pameran PSS.


Meja pameran pelajar PKiBP.

Pertandingan Puzzle.





Isnin, 29 Oktober 2012

AKTIVITI READ 2012 DI SMK KIJAL





SCHOLASTIC READ 2012:ONE NATION READING TOGETHER

KERJASAMA OLEH:
  1. KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia)
  2. Program Nilam
Program ini telah berlangsung pada 22 oktober sehingga 24 oktober 2012 peringkat SMK KIJAL program.'READ2012:One Nation Reading Together'meraikan hari yang penting membaca untuk masa depan yang cerah.Tanpa menghiraukan tahap pembacaan kamu,kamu akan memperoleh pengetahuan daripada semua helaian yang kamu baca.Membaca juga boleh mengembangkan imaginasi kamu dan membawa kamu ketahap yang bagus.READING IS FUN!.Jadikan sebahagian keseronokan dan sertai didalam kempen dengan membaca buku kegemaran kamu dalam masa 2,012 saat(33.5 minit).


Ahad, 8 April 2012

LAWATAN KE CAMERON HIGHLAND

 



DISEDIAKAN OLEH: PN. NURUL SHARIZA BT MOHD SHAH
                                       PN. AISHAH BT ABDULLAH

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERAK DAN PAHANG
ANJURAN PUSAT SUMBER SMK. KIJAL BERSAMA PANITIA SIVIK.

TARKH           : 27 MAC - 29 MAC 2012
TEMPAT         : GUA TEMPURUNG, PERAK
                          CAMERON HIGHLAND, PAHANG

            Pihak pusat sumber SMK. Kijal telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Negeri Perak dan Pahang bersama Panitia Sivik Kemanusiaan. Seramai 37 orang pelajar yang menyertai lawatan tersebut dan diiringi oleh 2 orang guru Pusat Sumber Sekolah iaitu Pn. Aishah bt Abdullah dan Pn. Nurul Shariza bt Mohd Shah. Sebahagian pelajar adalah terdiri daripada Pengawas Pusat Sumber dan ahli Kelab Sivik Kewarganegaraan. Program Lawatan Sambil Belajar ini merupakan aktiviti pendidikan dimana para pelajar dapat mengetahui lebih mendalam akan pengetahuan alam sekitar serta dapat mengaitkan pembelajaran di sekolah.
            Program Lawatan Sambil Belajar ini bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman yang mencabar berada di dalam alam semulajadi. Selain daripada itu, program lawatan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang alam semulajadi dimana wujudnya bentuk ukiran batu yang merupakan warisan alam yang amat menakjubkan. Program lawatan ini telah berkunjung ke Gua Tempurung, Perak dengan menjelajah ke dalam gua yang mencabar untuk mengetahui pembentukan gua seperti stalakmait dan stalaktait, pembentukan batu kapur dan sejarah penemuan bijih besi. Sepanjang lawatan, pelajar diberi soalan yang perlu dijawab selepas keluar dari ekspedisi Gua Tempurung.
Seterusnya, lawatan ini diteruskan ke Cameron Highland untuk memberi pendedahan secara umum kepada pelajar akan keindahan pergunungan Banjaran Titiwangsa. Sepanjang program lawatan tersebut, pelajar diberi peluang membeli-belah barang sebagai cenderamata kenang-kenangan. Peserta lawatan telah menginap di Hotel Country Lodge, Cameron Highland untuk satu malam. Sepanjang di Cameron Highland, para pelajar telah dibawa melawat ke Kilang Teh Boh di ‘Boh Tea Centre’, Sungei Palas untuk melihat pembuatan teh dan melihat keindahan panorama ladang teh. Sebelum pulang, rombongan telah singgah dibeberapa tempat seperti ladang strawberry iaitu YZ Agro Farm, Bee Farm dan Ladang Teh Bharat.
Secara kesimpulannya, di harap sepanjang program lawatan ini dapat menambah pengetahuan dan pengalaman yang bermakna kepada pelajar-pelajar.