DISEDIAKAN
OLEH: PN. NURUL SHARIZA BT MOHD SHAH
MAJLIS PELANCARAN
PROGRAM NILAM/ KEMPEN GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2014
TARIKH : 2 MAC 2014 (AHAD)
MASA : 7.40 PAGI
Bertempat di Dataran Al-Faruqi telah
berlangsungnya Majlis Pelancaran Program Nilam dan Kempen Galakan Membaca yang
telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK. Kijal, Pn. Mariam binti Nawawi.
Majlis telah dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan bacaan doa oleh pengawas
sekolah. Program Nilam adalah singkatan daripada Nadi Amalan Membaca. Dimana,
projek ini adalah di bawah kelolaan Pusat Sumber Negeri Terengganu.
Pn. selaku
Penyelaras Nilam telah menyampaikan sedikit ucapan tentang kelebihan budaya
membaca kepada pelajar. Tuan Pengetua SMK. Kijal telah merasmikan program nilam
dengan menandatangani plak yang disediakan. Pn. Norsida bt Sidek telah
menyampaikan Bicara Buku sebagai suatu simbol membudayakan minat membaca di
sekolah. Kempen galakan membaca akan dijalankan dengan mempelbagaikan aktiviti
galakan yang kreatif, inovatif dan berkesan.
Seterusnya penyampaian Butang Nilam
kepada pelajar yang telah berjaya mencapai tahap tertentu Program Nilam dalam
Jauhari. Senarai nama pelajar tersebut adalah:
1. Aisya
Calyna bt Shuhaimy (3AQ) - Pingat Gangsa (84 buah)
2. Muhammad
Rozan bin Zulkifli (5AH) - Pingat Gangsa (85 buah)
3. Muhammad
Farhan bin Zamri (3AQ) - Pingat Gangsa (104 buah)
4. Nurul
Aida Nadhirah bt Ahmad Bustaman (4AMH) - Pingat Nilam (330 buah)
Diharapkan program ini dapat memupuk budaya membaca
di kalangan pelajar dan menerapkan naluri membaca di dalam diri pelajar supaya
dapat menghasilkan masyarakat yang maju.